Labels

Monday, 23 November 2015

#SaturdayHangout (211115)

Entri terbaru dengan #SaturdayHangout ! Sabtu lepas, kami berlima and housemates jugak keluar jejalan sama-sama di area Terengganu ni aje. Lebih kurang seperti girls hangout lah tapi sorang member dari geng kami x dapat join sebab pergi KL. So, jadilah pengembaraan KT seramai 5 orang (gegirls semua tu hehehe). 

Kami keluar dari rumah dah pukul 12 lebih, then kami pusing-pusing bandar dulu cari klinik sebab Ain x sihat sangat. Tunggu punya tunggu kat klinik tu x sampai setengah jam, then semuanya selesai. So, kami pergi ambil Akma dulu dekat Pasar Payang dan terus pergi Giant bandar Kuala Terengganu. Mula-mula, pusing satu Giant tu. Kalau ada 2 Giant, memang dua-dua kami pusing hehe. Tapi, hentian kami hanyalah Big Apple. Maklumlah donut-donut pelbagai topping and perisa kan. Kami beli 12 biji, untuk semua kecuali Anis aje yang x makan. Ji pilih 3 biji, Ain 6 biji, Akma 1 biji and Hanim pulak dapat baki daripada 12 biji tadi tu. Siri memilih donut pun ambik masa jugak sebab banyak jenis kan tapi x delah habiskan banyak masa dekat Big Apple saja.


Terliur x tengok gambar? Terliur kan? Kan kan? Big Apple memang best. Kami x makan kat situ, tapi terus pergi Domino's di Kuala Ibai. Domino's untuk lunch. Bawaklah donut-donut yang kiut-miut ni pergi Domino's sekali. Sambil tunggu pizza siap, makan donut dulu. Punyalah manis tahap gula melting, tapi sedap. Ji belanja korang gambar-gambar dalam Domino's ya. 








Bila pizza sampai, bau cheese membuatkan kami jadi nak termuntah pulak sebab kemanisan dari donut tadi. Tapi, still makan jugak. Hanim x makan pizza jadi dia order Crazy Chicken Nuggets (Original). Ji pulak order jugak Crazy Chicken Nuggets (Tomyam).


Pizza Aloha Pineapple (besar), Peperoni Chicken (kecik) dengan Crazy Chicken Nuggets (Original). Yang Tomyam x sempat nak masuk dalam gambar, dah kena ngap dekat Ji hehe.. Pizza dah sampai, jadi apa perlu buat? Makanlah jawapannya. Jadi misi mengenyangkan perut diutamakan, diet x ada dalam list masa tu. Tapi nak habiskan pizza-pizza masa tu, bukan main susah sebab perut dah di isi separuh dengan kecomelan donut, jadi yang baki pizza x disentuh, kami bawak balik rumah. Tapi kami x lupa nak bergambar. Dalam Domino's pun bolehlah....







Hentian seterusnya adalah Mydin Mall Gong Badak. Apa yang ada kat Mydin Mall ni, sama macam apa yang ada di Mydin seluruh Malaysia. Kami singgah di Mydin pun sebab nak beli perkakas-perkakas untuk projek belajar kami. Maklumlah, student kan. Dah habis menjelajah Mydin Mall, kami singgah sekejap di sebuah butik yang dekat dengan Mydin Mall. Butik tu nama Gadis Kooky. Butik ni terletak di Dataran Austin, Gong Badak.



Gadis Kooky ni butik yang berkonsepkan vendor, yang memang femes style butik macam ni sekarang. Lokasi butik ni : Atas Kedai Kasut Bee Bee, Dat.Austin, Gong Badak, K.Terengganu. Butik ni bukak pukul 11 pagi sampailah 7 malam, hari jumaat cuti. Jangan pergi hari Jumaat pulak, kan x pasal kena patah balik sebab butik tutup. Decoration butik ni memang cantik, sampai aje butik tu Ji terus duduk dekat kerusi yang ada patung bear. Yang lain pusing-pusing butik tu. So, Ji ambik gambar-gambar sekitar butik tu untuk tatapan pembaca blog Ji. 










Budak-budak ni sempatlah grab apa yang dorang nak. Ji duduk je sambil selpie, ambik gambar deco butik ni. Service dorang friendly. Akak-akak, makcik-makcik, makwe-makwe yang datang ke butik ni bolehlah shopping apa yang korang nak, bagi abang-abang, pakcik-packik, pakwe-pakwe jangan nak merungut masa tunggu dorang shopping. Korang boleh duduk dekat kafe yang dah disediakan sekali dalam Gadis Kooky ni. Deco kafe mestilah hipster gitu. Ada pelbagai jenis menu yang ada. Tunggu grab and bayar aje.




Last sekali, Ji bagi korang link insta Gadis Kooky ( https://instagram.com/gadiskooky/) untuk korang godek-godek dulu sebelum korang nak pergi sergah butik ni. Maka, berakhirlah siri penjelajahan #SaturdayHangout kami. Mungkin akan datang, kami akan menjelajah nanti. Nantikan next entri Ji ya. Terima kasih korang.. Muah ciket...hehehehe 

Thursday, 19 November 2015

The Village : Achiara's Secret

Entri hari ni tentang drama Korea. Sape x minat drama Korea, sila jangan baca hehehe... Ji bukan peminat drama-drama Korea, jadi Ji x selalu updates tentang drama-drama Korea. Kalau Ji nak tengok drama Korea, Ji akan pilih genre-genre yang best-best saja macam thriller, suspense, seram ke, x pun yang misteri. Baru ada sense sikit nak tengok drama-drama ni. Jadi, masa cuti midterm minggu lepas, Ji tertengoklah cerita Korea ni, tajuk "The VIllage : Achiara's Secret" dekat ONE (channel 393). Masa tu dah episod 10. Drama ni best walaupun masa tu Ji tengok dah episod 10. Jadi, lepas habis je cuti, Ji terus cari episod-episod awal drama The Village : Achiara's Secret ni di Youtube. Banyak fan drama Korea upload drama ni dalam Youtube. So, korang pandai-pandailah ya cari yang full-length, ada sarikata bahasa inggeris dalam Youtube. Sebabnya, kebanyakkan yang Ji cari mesti separuh-separuh (terpaksa tengok yang secotet aje) and kadang-kadang x ada sarikata bahasa inggeris. Barangkali, dorang ni faham bahasa korea kecuali Ji sorang aje.

Jadi bila dah jumpa, Ji terus add watch later sebab nanti boleh tengok semula. Ji suka add watch later dalam Youtube sebab if rushing nak ke kelas or ada assignments nak buat, at least dah save episod-episod nya, tinggal nak tengok aje. X nak membebel lama-lama, jom selongkar drama The Village : Achiara's Secret dulu.



Gambar dari pakcik google. Tengok gambar dah boleh rasakan misteri and thriller drama ni..kan kan?? Tajuk drama The Village : Achiara's Secret atau dalam bahasa Korea 마을 - 아치아라의 비밀 (Maeul - Achiaraeui Bimil). Drama ni berkisarkan tentang sebuah kampung nama Achiara. Kampung ni sunyilah katanya and aman aje. Then bila sorang cikgu English ni datang ke kampung tu, macam-macam benda terjadi selepas tu. Mula-mula, dia jumpa tengkorak yang dah lama tertanam. Seja tulah, rahsia demia rahsia tentang kampung tu terbongkar. If korang nak tahu benda apa yang terjadi, korang kenalah tengok drama ni dari episod 1 sampailah episod 16. Drama ni ada 16 episod tau, jangan nak skip tengok mana-mana ep sebab nanti if dah terskip mana-mana ep, mesti korang tak dapat nak predict apa yang dah berlaku.

Pelakon-pelakon dalam drama ni memang jjang (gempak)! Ji yang kurang minat drama Korea ni pun suka tengok drama ni sebab pelakon-pelakonnya pandai terjemahkan watak-watak dorang. Tak adalah lakonan-lakonan dorang menyampah aje tengok..Kan kan??Pelakon baru seperti Yook Sungjae dah pandai berlakon jadi polis yang acah-acah detektif. Dengan watak Moon Geunyoung yang kadang-kadang slow, kadang-kadang high. Itu belum masuk lagi watak-watak lain. Dengan kata lain, drama ni memang best walaupun belum habis tayang lagi. Sekarang, baru episod 12, nak tunggu habiskan 16 episod sangatlah menyeksakan sebab kena menunggu.. Sis x kuat huahuahua..Apa-apa pun, selamat menonton drama ni. Thumb up for drama The Village : Achiara's Secret!




Thursday, 10 September 2015

Kate Si Landak Mini

Entri pertama Ji mulakan dengan entri "Kate Si Landak Mini". Landak mini, atau nama om putihnya Hedgehog (Hh). Mula-mula tengok si hedgehog ni memang tertanya-tanya jugaklah binatang apa. Then lepas googled barulah tahu tu landak mini, bukan spesies landak yang tembak duri tu... Lepas tu, Ji gigihlah mencari breeder hedgehog dekat area Terengganu sebab hedgehog ni terlampau comel, nak jugak ada sekor untuk jadikan anak. Hedgehog ni harganya boleh tahan tinggi sebab rare, jadi masa nak beli tu tak terpikir langsung pasal harganya. Tengok gambar hedgehog yang nak beli then terus arranged date dengan breeder tu. Then beranganlah bila dah dapat hedgehog nanti, kena ambik gambar banyak-banyak dengan dia, selalu main-main dengan dia. Tapi untuk pengetahuan korang, hedgehog ni sifat dia special just like a baby.



Perkenalkan Kate, anak dara kecik dari spesies snowflake hedgehog. Masa Ji ambik dia dengan breeder, dia baru umur sebulan lebih. Body dia masa first time ambik tu memang keciklah macam dalam gambar tu. Itu first time pegang dia. Mula-mula nak pegang dia takut jugaklah sebab badan dia kan penuh dengan duri and bukannya bulu. Tapi sebab minatkan, redah aje pegang dia walaupun takut. So sesape yang berhajat nak bela hedgehog ni untuk pertama kali, better pegang dulu badannya supaya taklah rasa takut tapi if dah minat, perasaan takut tu akan hilang perlahan-lahan. Sebelum bela hedgehog ni, Ji survey dulu dekat pak google tentang hedgehog dari segi pemakanan, cara nak jaga and banyak lagilah.

Ji ada jugak join whatsapp group hedgehog lover malaysia. Jadi apa-apa masalah or information tentang hedgehog, boleh refer dekat group tu. Dorang memang banyak membantulah. Dari benda yang kecil sampailah benda yang besar. Jadi, korang peminat hedgehog atau ura-ura nak jadi peminat hedgehog ni, tolong kenal dulu sifat-sifat hedgehog ni ya. Sebelum tu, Ji nak belanja sikit gambar-gambar anak dara Ji yang kecik ni sepanjang dia membesar dengan Ji. If nak tengok perkembangan si kecik ni pun boleh jugak. Follow aje si kecik ni dekat Insta (@kate.thehedgehog). Hedgehog pun ada Insta okay >_~