Entri hari ni tentang drama Korea. Sape x minat drama Korea, sila jangan baca hehehe... Ji bukan peminat drama-drama Korea, jadi Ji x selalu updates tentang drama-drama Korea. Kalau Ji nak tengok drama Korea, Ji akan pilih genre-genre yang best-best saja macam thriller, suspense, seram ke, x pun yang misteri. Baru ada sense sikit nak tengok drama-drama ni. Jadi, masa cuti midterm minggu lepas, Ji tertengoklah cerita Korea ni, tajuk "The VIllage : Achiara's Secret" dekat ONE (channel 393). Masa tu dah episod 10. Drama ni best walaupun masa tu Ji tengok dah episod 10. Jadi, lepas habis je cuti, Ji terus cari episod-episod awal drama The Village : Achiara's Secret ni di Youtube. Banyak fan drama Korea upload drama ni dalam Youtube. So, korang pandai-pandailah ya cari yang full-length, ada sarikata bahasa inggeris dalam Youtube. Sebabnya, kebanyakkan yang Ji cari mesti separuh-separuh (terpaksa tengok yang secotet aje) and kadang-kadang x ada sarikata bahasa inggeris. Barangkali, dorang ni faham bahasa korea kecuali Ji sorang aje.
Jadi bila dah jumpa, Ji terus add watch later sebab nanti boleh tengok semula. Ji suka add watch later dalam Youtube sebab if rushing nak ke kelas or ada assignments nak buat, at least dah save episod-episod nya, tinggal nak tengok aje. X nak membebel lama-lama, jom selongkar drama The Village : Achiara's Secret dulu.
Gambar dari pakcik google. Tengok gambar dah boleh rasakan misteri and thriller drama ni..kan kan?? Tajuk drama The Village : Achiara's Secret atau dalam bahasa Korea 마을 - 아치아라의 비밀 (Maeul - Achiaraeui Bimil). Drama ni berkisarkan tentang sebuah kampung nama Achiara. Kampung ni sunyilah katanya and aman aje. Then bila sorang cikgu English ni datang ke kampung tu, macam-macam benda terjadi selepas tu. Mula-mula, dia jumpa tengkorak yang dah lama tertanam. Seja tulah, rahsia demia rahsia tentang kampung tu terbongkar. If korang nak tahu benda apa yang terjadi, korang kenalah tengok drama ni dari episod 1 sampailah episod 16. Drama ni ada 16 episod tau, jangan nak skip tengok mana-mana ep sebab nanti if dah terskip mana-mana ep, mesti korang tak dapat nak predict apa yang dah berlaku.
Pelakon-pelakon dalam drama ni memang jjang (gempak)! Ji yang kurang minat drama Korea ni pun suka tengok drama ni sebab pelakon-pelakonnya pandai terjemahkan watak-watak dorang. Tak adalah lakonan-lakonan dorang menyampah aje tengok..Kan kan??Pelakon baru seperti Yook Sungjae dah pandai berlakon jadi polis yang acah-acah detektif. Dengan watak Moon Geunyoung yang kadang-kadang slow, kadang-kadang high. Itu belum masuk lagi watak-watak lain. Dengan kata lain, drama ni memang best walaupun belum habis tayang lagi. Sekarang, baru episod 12, nak tunggu habiskan 16 episod sangatlah menyeksakan sebab kena menunggu.. Sis x kuat huahuahua..Apa-apa pun, selamat menonton drama ni. Thumb up for drama The Village : Achiara's Secret!



No comments:
Post a Comment