Entri terbaru dengan #SaturdayHangout ! Sabtu lepas, kami berlima and housemates jugak keluar jejalan sama-sama di area Terengganu ni aje. Lebih kurang seperti girls hangout lah tapi sorang member dari geng kami x dapat join sebab pergi KL. So, jadilah pengembaraan KT seramai 5 orang (gegirls semua tu hehehe).
Kami keluar dari rumah dah pukul 12 lebih, then kami pusing-pusing bandar dulu cari klinik sebab Ain x sihat sangat. Tunggu punya tunggu kat klinik tu x sampai setengah jam, then semuanya selesai. So, kami pergi ambil Akma dulu dekat Pasar Payang dan terus pergi Giant bandar Kuala Terengganu. Mula-mula, pusing satu Giant tu. Kalau ada 2 Giant, memang dua-dua kami pusing hehe. Tapi, hentian kami hanyalah Big Apple. Maklumlah donut-donut pelbagai topping and perisa kan. Kami beli 12 biji, untuk semua kecuali Anis aje yang x makan. Ji pilih 3 biji, Ain 6 biji, Akma 1 biji and Hanim pulak dapat baki daripada 12 biji tadi tu. Siri memilih donut pun ambik masa jugak sebab banyak jenis kan tapi x delah habiskan banyak masa dekat Big Apple saja.
Terliur x tengok gambar? Terliur kan? Kan kan? Big Apple memang best. Kami x makan kat situ, tapi terus pergi Domino's di Kuala Ibai. Domino's untuk lunch. Bawaklah donut-donut yang kiut-miut ni pergi Domino's sekali. Sambil tunggu pizza siap, makan donut dulu. Punyalah manis tahap gula melting, tapi sedap. Ji belanja korang gambar-gambar dalam Domino's ya.
Bila pizza sampai, bau cheese membuatkan kami jadi nak termuntah pulak sebab kemanisan dari donut tadi. Tapi, still makan jugak. Hanim x makan pizza jadi dia order Crazy Chicken Nuggets (Original). Ji pulak order jugak Crazy Chicken Nuggets (Tomyam).
Pizza Aloha Pineapple (besar), Peperoni Chicken (kecik) dengan Crazy Chicken Nuggets (Original). Yang Tomyam x sempat nak masuk dalam gambar, dah kena ngap dekat Ji hehe.. Pizza dah sampai, jadi apa perlu buat? Makanlah jawapannya. Jadi misi mengenyangkan perut diutamakan, diet x ada dalam list masa tu. Tapi nak habiskan pizza-pizza masa tu, bukan main susah sebab perut dah di isi separuh dengan kecomelan donut, jadi yang baki pizza x disentuh, kami bawak balik rumah. Tapi kami x lupa nak bergambar. Dalam Domino's pun bolehlah....
Hentian seterusnya adalah Mydin Mall Gong Badak. Apa yang ada kat Mydin Mall ni, sama macam apa yang ada di Mydin seluruh Malaysia. Kami singgah di Mydin pun sebab nak beli perkakas-perkakas untuk projek belajar kami. Maklumlah, student kan. Dah habis menjelajah Mydin Mall, kami singgah sekejap di sebuah butik yang dekat dengan Mydin Mall. Butik tu nama Gadis Kooky. Butik ni terletak di Dataran Austin, Gong Badak.
Gadis Kooky ni butik yang berkonsepkan vendor, yang memang femes style butik macam ni sekarang. Lokasi butik ni : Atas Kedai Kasut Bee Bee, Dat.Austin, Gong Badak, K.Terengganu. Butik ni bukak pukul 11 pagi sampailah 7 malam, hari jumaat cuti. Jangan pergi hari Jumaat pulak, kan x pasal kena patah balik sebab butik tutup. Decoration butik ni memang cantik, sampai aje butik tu Ji terus duduk dekat kerusi yang ada patung bear. Yang lain pusing-pusing butik tu. So, Ji ambik gambar-gambar sekitar butik tu untuk tatapan pembaca blog Ji.
Budak-budak ni sempatlah grab apa yang dorang nak. Ji duduk je sambil selpie, ambik gambar deco butik ni. Service dorang friendly. Akak-akak, makcik-makcik, makwe-makwe yang datang ke butik ni bolehlah shopping apa yang korang nak, bagi abang-abang, pakcik-packik, pakwe-pakwe jangan nak merungut masa tunggu dorang shopping. Korang boleh duduk dekat kafe yang dah disediakan sekali dalam Gadis Kooky ni. Deco kafe mestilah hipster gitu. Ada pelbagai jenis menu yang ada. Tunggu grab and bayar aje.
Last sekali, Ji bagi korang link insta Gadis Kooky ( https://instagram.com/gadiskooky/) untuk korang godek-godek dulu sebelum korang nak pergi sergah butik ni. Maka, berakhirlah siri penjelajahan #SaturdayHangout kami. Mungkin akan datang, kami akan menjelajah nanti. Nantikan next entri Ji ya. Terima kasih korang.. Muah ciket...hehehehe

























No comments:
Post a Comment